Ahad, 27 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat IPG Kampus Keningau


14- 22 Februari 2011 – 
Pengisian 
16 Februari 2011-‘Amazing race’, 

Para peserta mendengar arahan dan syarat-syarat pertandingan

Perhentian pertama

Baca doa ye anak-anak...

Apa yang ditulis tu?

Mari saya kasi tau...

Fikir dulu sebelum jawab..

Senyum dulu

Semangat!

Pertandingan multimedia
Pemenang tempat pertama- PISMP Matematik Sem 1

Pertandingan Melukis
Pemenang pertama: 

Pemenang kedua:
Pemenang ketiga
 Saguhati...





Pertandingan Bercerita bagi kanak-kanak












Barisan panel hakim dan penjaga masa

Pemenang pertandingan: Hafizah binti mohd. Rusli

Jumaat, 25 Februari 2011

Menghindari Adab-Adab Buruk Dalam Kehidupan Seharian (petikan khutbah Jumaat 25/2)

Sebut sahaja perkara seperti memakai pakaian yang sopan serta menutup aurat, membawa atau meletakkan kenderaan secara beradab, tidak membuang sampah merata-rata, menjauhi kekotoran, berdisiplin, bersabar ketika berurusan dengan orang lain, menggunakan air dengan berhemah sama ada di rumah sendiri atau di tempat awam, tenaga elektrik tidak dibazirkan dan lain-lain urusan sama ada peribadi atau kemasyarakatan.

Allah swt berfirman:  
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,melainkan mereka umat seperti kamu.Tidak Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini,kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."
(Surah al-An'am,ayat 38)

Perlu menjaga adab di mana sahaja kita berada. Imej Islam bukan hanya di dalam masjid, bahkan juga di tempat awam. Janganlah meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga menghalang laluan orang lain, memandu kenderaan dengan kelajuan yang tinggi sambil membuang puntung rokok dan bungkusan makanan atau lain-lain sampah dari kenderaan kita ke jalanraya dengan alasan  sudah ada pihak yang digaji untuk membersihkannya contohnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). 

Tidakkah kita pernah melihat sikap sebilangan pemandu kita membelok sesuka hati tanpa memberi isyarat terlebih dahulu, dan memotong barisan ketika kesesakan jalanraya sedangkan orang lain beratur. Manakala di tempat kenduri atau jamuan pula, kita memenuhkan pinggan dan mengambil makanan semahunya, bila kekenyangan dan makanan tidak dapat dihabiskan terus dibazirkan begitu sahaja. Juga jiran yang terlantar di hospital kita tidak ambil tahu, manakala anak jiran mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan pun tidak kita hiraukan.

Demikianlah antara contoh yang perlu untuk kita sama-sama buangnya dari terus melekat dalam diri kita kerana ia bakal menghilangkan dan memudarkan syiar Islam. 
Benarlah firman Allah swt mahfumnya:  
"Maha Suci Allah yang menurunkan al-Quran kepada (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam".
(Surah al-Furqaan, ayat 1)

Agak pahit untuk menelan kenyataan ini, namun inilah sebenarnya antara yang menjadi hijab atau tabir bagi mereka yang bukan Islam memandang rendah kepada kaum muslimin. Mereka diberi kefahaman bahawa agama Islam amat mementingkan masa bahkan disebut dalam al-Quran dalam ayat pertama surah al-Asyr, Demi masa..tetapi dalam waktu yang sama sebahagian dari kita rupa-rupanya ada yang tidak pernah menepati masa. Mereka yang bukan Islam melihat tulisan-tulisan dan laungan-laungan dalam kalangan orang Islam yang seringkali menyebut "Kebersihan sebahagian daripada iman", namun kenyataannya tidak ada mana-mana negara Islam yang dijadikan contoh dalam bab kebersihan.

Oleh itu amat malang sekiranya ada di antara kita yang berpakaian kemas, rapi dan beradab tetapi ketika beratur untuk sesuatu urusan di tempat awam, tidak dapat bersabar dan mengambil hak orang lain yang datang lebih awal. Juga janganlah ada dalam kalangan jemaah masjid yang tanpa merasa bersalah membiarkan kenderaan menghalang laluan orang lain sedangkan dia masih solat sunat atau berwirid panjang di dalam masjid. Ingatlah, penyebab dari perbuatan ini kadang-kadang amat besar kesannya kepada keindahan Islam itu sendiri. Apa lagi setiap masa dan ketika musuh-musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk memperlekehkan kaum muslimin.

Allah s.w.t berfirman : Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan setiap diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (Islam) lalu ia mati sedangkan ia tetap kafir,maka orang-orang yang demikian,rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli neraka,kekal mereka di dalamnya (selamanya). 
(Surah al-Baqarah,ayat 217)

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama berikhtiar untuk mengamalkan kehidupan bersyariat di mana-mana sahaja dan setiap ketika...

Sabtu, 19 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah 2011

Salam dan selawat ke atas Nabi Junjungan.. Segala Puji bagi Allah yang telah memilih kita semua sebagai umat yang terbaik, iaitu umat Nabi Muhammad s.a.w...Semoga kita semua beroleh syafaat baginda di akhirat kelak.

Di pagi yang hening...
Sebahagian Muslimah yang menyertai perarakan
Kakak-kakak KPLI J-QAF
Pemain Kompang IPGK
Muslimin mendahului menaiki bas 
Di sekitar "tempat kejadian"

Ketibaan hadirin ke padang keningau

Masjid Ar-Rahim (bersebelahan padang)

Orang ramai mebanjiri padang pekan keningau


Barisan Muslimah berbaris
Barisan para pelatih IPGK bersama dengan kain rentang dan sepanduk

Antara muslimin yang menyertai
Tuan Haji Zakaria turut serta

Pemegang sepanduk (Datu) dan pemegang kain rentang (Hafiz) bersama pemain2 kompang

 Ketika perarakan bermula...
Muslimin mendahului perarakan

Pelatih KPLI J-QAF ambilan Januari

Tuan Hj. Zakaria, Ust. Rosli dan Ust. Sobri antara pensyarah yang hadir

Kompang dipalu sepanjang jalan

Laungan selawat sepanjang perjalanan

Kontinjen budak sekolah
Perarakan berakhir di dewan