Jumaat, 20 Mei 2011

Kenapa Kita Duji?


Assalamualaikum..


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."  (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA KECEWA?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Surah Al-Imran ayat 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"  (Surah Al-Baqarah ayat 45)


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.. (Surah At-Taubah ayat 111)


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129)


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12)


wallahua'lam..

Rabu, 4 Mei 2011

Hari Keluarga AJK Masjid IPG Kampus Keningau 2011

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 1Mei 2011, seramai 40 orang AJK Masjid dan 10 orang pensyarah dan ahli keluarga terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga. Acara ini dimulakan dengan solat sunat dhuha, dan kemudiannya semua peserta bergerak ke padang untuk memulakan sukaneka. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan seramai 10 orang setiap kumpulan.

Acara Pertama : Passing Belon Air


Cara bermain : Dengan menggunakan belon yang diisi air, semua peserta perlu 'pass' belon tersebut dengan cara membalingnya tanpa memecahkannya. Peserta yang terakhir mendapat belon perlu berlari ke hadapan dan memberi belon itu kepada orang pertama dan begitulah seterusnya.











Acara Kedua : Telefon Rosak


Cara bermain : orang pertama diberi satu ayat (biasanya melibatkan tongue twister). kemudian perlu mengingat ayat tersebut dan cakap kepada orang kedua, seterusnya sehinggalah orang yang terakhir. Orang terakhir perlu menulis apa maklumat yang dia peroleh daripada orang sebelumnya.









Acara Ketiga : Cari ayat dalam tepung


Cara bermain : setiap peserta perlu meniup tepung yang disediakan sehingga salah seorang peserta dalam kumpulan ternampak satu ayat. peserta yang nampak keseluruhan ayat tersebut diminta mengingat ayat tersebut dan menulisnya di hadapan. Peserta lain tidak boleh membantu perserta yang sedang menulis ayat yang diingatinya tadi.









Selain itu, terdapat juga sesi pertukaran hadiah sesama AJK yang diselang selikan antara setiap acara sukaneka. 






Acara : Penyampaian Cenderahati



Selepas berakhirnya sukaneka, kami dihidangkan dengan hidangan yang lazat yang dimasak oleh AJK yang bertugas.




Sesi Bergambar : 






Diharap dengan berakhirnya sukaneka ini, ikatan sesama AJK akan menjadi lebih erat.