Rabu, 4 Mei 2011

Hari Keluarga AJK Masjid IPG Kampus Keningau 2011

Pada hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 1Mei 2011, seramai 40 orang AJK Masjid dan 10 orang pensyarah dan ahli keluarga terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Keluarga. Acara ini dimulakan dengan solat sunat dhuha, dan kemudiannya semua peserta bergerak ke padang untuk memulakan sukaneka. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan seramai 10 orang setiap kumpulan.

Acara Pertama : Passing Belon Air


Cara bermain : Dengan menggunakan belon yang diisi air, semua peserta perlu 'pass' belon tersebut dengan cara membalingnya tanpa memecahkannya. Peserta yang terakhir mendapat belon perlu berlari ke hadapan dan memberi belon itu kepada orang pertama dan begitulah seterusnya.











Acara Kedua : Telefon Rosak


Cara bermain : orang pertama diberi satu ayat (biasanya melibatkan tongue twister). kemudian perlu mengingat ayat tersebut dan cakap kepada orang kedua, seterusnya sehinggalah orang yang terakhir. Orang terakhir perlu menulis apa maklumat yang dia peroleh daripada orang sebelumnya.









Acara Ketiga : Cari ayat dalam tepung


Cara bermain : setiap peserta perlu meniup tepung yang disediakan sehingga salah seorang peserta dalam kumpulan ternampak satu ayat. peserta yang nampak keseluruhan ayat tersebut diminta mengingat ayat tersebut dan menulisnya di hadapan. Peserta lain tidak boleh membantu perserta yang sedang menulis ayat yang diingatinya tadi.









Selain itu, terdapat juga sesi pertukaran hadiah sesama AJK yang diselang selikan antara setiap acara sukaneka. 






Acara : Penyampaian Cenderahati



Selepas berakhirnya sukaneka, kami dihidangkan dengan hidangan yang lazat yang dimasak oleh AJK yang bertugas.




Sesi Bergambar : 






Diharap dengan berakhirnya sukaneka ini, ikatan sesama AJK akan menjadi lebih erat. 


1 ulasan:

  1. Hidup ini tak selalunya indah, tapi yang indah itu akan sentiasa hidup dalam kenangan...pasti akan merindui saat-saat ini..

    BalasPadam