Sabtu, 30 April 2011

Pesanan Roh kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.

Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

 “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak- anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak- anakku telah menjadi yatim dan janganlahkalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak - anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

“Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak - anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”.

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”.

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

10 Golongan Orang yang Solatnya Tidak Diterima Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Khamis, 28 April 2011

Kopi vs Soya?


Assalamualaikum..

Hari ini dapat lagi ilmu baru setelah balik dari meeting ahli JKM.. tentang soya dan kopi.. sejauh manakah anda tahu kebenaran tentang keduanya? Mari kita lihat~

Kita diajar minum soya bagus untuk kesihatan
Hakikat sebenarnya soya menjejaskan sistem badan
Meningkatkan risiko kanser ovari + prostat
Mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan
Melemahkan otak dan tulang
Kerana adanya phytic asid yang membuat sistem badan terjejas
Maka tidaklah pelik US merupakan pengeluar terbesar soya
Mereka mempunyai agenda menjahanamkan Islam secara luar sedar.

Kita juga disogok yang kopi tidak baik untuk kesihatan
Namun perlu kita tahu kopi juga adalah minuman kesukaan Nabi SAW selain susu kambing
Perhatikan cara-cara pemakanan Yahudi laknatullah
Mereka penggemar kopi dan starbuck
Professor di UK yang berdarah laknatullah semuanya pasti bersama segelas kopi
Mereka hebat kerana mengamalkan sunnah
Sedangkan Islam diajar membenci dan menjauhi sunnah
Di sini pentingnya amal jama'ie bermula dengan individu muslim
Membetulkan pelbagai aspek supaya kembali membina sistem Islam yang benar.

Kopi dan susu kambing (bukan susu lembu) minuman kegemaran Rasulullah SAW.

Rabu, 27 April 2011

Assalamualaikum...


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. 

· Bacalah Al-Quran 

· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. 

· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. 

· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 

· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. 

· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. 

· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. 

· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. 

· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Khamis, 21 April 2011

7 Ayat - Ayat Cinta


sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang menghafal & mengamalkan 7 kalimah ini akan dimuliakan Allah SWT & malaikat & akan diampunkan dosa - dosanya walau sebanyak buih -  buih di lautan..."

1.BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM - tiap kali hendak melakukan sesuatu pekerjaan...

2.ALHAMDULILLAH - tiap kali habis melakukan sesuatu pekerjaan yang baik...

3.ASTAGHFIRULLAHAL AZHIM - jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk...

4.INSYAALAAH - jika ingin melakukan sesuatu pekerjaan/rancangan yg baik pada masa akan datang...

5.LAHAULAWALAQUAWWATAILABILLAH - bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat @ melihat sesuatu yang buruk...

6.INNALILLAH WAINAILAIHIRAJIUUN - tiap kali menghadapi musibah @ kematian...

7.LAAILAAHAILLALLAH - bacalah setiap hari(siang & malam)sebanyak mungkin...

amalkanlah selalu moga - moga kita tergolong dalam kalangan orang - orang yang terpilih oleh Allah SWT....=)

Rabu, 20 April 2011

Wasiat Imam Syafie r.a. sebelum Wafat

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut..

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara." 

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah. 

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat bergantung kepada as-Sunnah (Hadith) menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

Ahad, 17 April 2011

Tentang Siapakah..

Siapakah orang yang sibuk? 
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya? 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? 
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik? 
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal? 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah orang yang KEDEKUT ? 
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar dan membaca pos ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada orang lain.

 -sama-sama muhasabah dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lain

Hikmah Menutup Aurat

Sumber : BLOG INI

Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaanku mengenai satu buku hasil tangan Dr. Danial Zainal Abidin.
Sebelum tu, korang pernah tengok drama Cinta Sempurna? Drama yang diilhamkan dari Ustaz Hasrizal, penulis buku Aku Terima Nikahnya. Apa kaitan dengan tajuk diatas?


Ada satu babak, tatkala mana Sheila, seorang gadis yang telah tercemar pemikirannya setelah pulang dari UK, mempersendakan seorang Ustaz. Dalam banyak soalan yang ditanya kepada ustaz tersebut, ada satu soalan yang memang orang cakap killer kalau tak dijawab dengan baik.
“Kenapa perlu kita pakai tudung? Kenapa Allah tak botakkan sahaja kepala kalau nak suruh orang pakai tudung?”, cukup sinis. Mesti macam-macam jawapan korang. Aku tak nak ulas, sebab jawapannya ada pada kita juga.
Cuba kita telusuri ayat 31 surah an-Nur yang bermaksud :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Semasa ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher telinga dan bahagian atas dada mereka.
Demikian ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang menutupi bahagian-bahagian itu. Biarpun begitu. islam tidak menghalang wanita-wanita berpakaian mengikut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat, yakni berasaskan syariat.
Dari sudut psikologi, menutup aurat bagi wanita Islam adalah lambang ketinggian maruah dan harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita-wanita jahiliah.

Bila Lelaki Barat Bercerita
R.Stevenson menulis mengenai etika pemakaian wanita Islam dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari 2002 dengan menyatakan:
“Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba datang dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka.
Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita itu berbisik sesama mereka berhubung kedua-dua wanita Islam itu,”Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!”
Ketiga-tiga wanita itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara mengghairahkan.
Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam itu tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan mereka yang indah.
Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk?
Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan bahawa wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen yang terlalu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki ataupun wanita.
Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.
Inilah sedikit garapan dari artikel tersebut. Untuk selanjutnya, klik


The Elegance of the Modest Woman


Apa yang aku mampu cakap, secara amnya, wanita yang menutup aurat, jika difikir secara logiknya, mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki. Tak terdesak dengan fesyen melampau untuk menarik perhatian ramai.
Fikirlah ini sebelum mengatakan mereka itu kolot, kerana, yang kolot itulah yang moden. Percaya atau tidak?

Jumaat, 15 April 2011

Renungkanlah...

Pengajaran yang perlu diambil dari kisah ini~

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makanan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”



P/s : Semoga kita berubah menjadi muslimin dan muslimat yang lebih baik, insyaAllah..

Selasa, 5 April 2011

Tarian Poco-Poco Telah Difatwakan HARAM oleh Mufti Perak

Balenggang patapata,
Ngana pe goyang...pica-pica,
Ngana pe bodi...poco-poco,
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing
(Jalannya berlenggang,
Goyangan badanmu...lincah,
Tubuhmu yang berisi dan lincah
Hanya kamu yang kucinta
Hanya kamu yang kusayang
Hanya kamu suka buat aku pusing...)
(inilah bait-bait lirik lagu poco-poco yang dipopularkan oleh Yopie Latul,penyanyi Indonesia)

Hampir segenap pelusuk tanah air di Malaysia ini pernah berkumandang lagu ini tiap kali adanya senaman pagi yang dilakukan secara tarian poco-poco. Tetapi tahukah anda tarian poco-poco ini telah difatwakan HARAM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011.(sila rujuk surat pekeliling di bawah)


Sebagaimana amalan senaman yoga yang mempunyai unsur-unsur spiritual dalam agama Hindu dan telah difatwakan HARAM, tarian poco-poco ini juga tidak terkecuali. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya dalam sebuah akhbar tempatan,"Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya."
Nabi SAW sudah berpesan kepada kita melalui sabdanya; "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum," yang bermaksud barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Ada juga yang mengatakan bahawa tarian poco-poco ini ditarikan di Filipina oleh masyarakatnya yang beragama Kristian ketika menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Cuba kita amati betul-betul langkah demi langkah pergerakan tarian ini. Jika ada yang perasan, pergerakannya akan membentuk tanda salib!
Bermula dari kiri ke kanan, depan ke belakang dan seterusnya satu pusingan sudah cukup untuk menghasilkan satu bentuk salib yang jelas kelihatan sekiranya dilakukan di atas pasir yang mendatar.
Secara tidak langsung kita telah melakukan sesuatu yang mensyirikkan Allah SWT tanpa kita sedar. Budaya meniru atau mencedok budaya luar tanpa usul periksa boleh menggugat akidah umat Islam amnya. Banyak lagi tarian atau pelbagai jenis senaman lain yang boleh digunapakai bagi menggantikan tarian ini. Islam tidak melarang untuk berhibur atau riadah asalkan menepati kehendak syarak dan tidak menyeleweng dari syariat Islam.
Justeru itu kita sebagai umat Islam perlu kekalkan identiti dan jatidiri seorang muslim serta sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Marilah bersama kita memohon keampunan kepada Allah SWT di atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti lembu yang dicucuk hidung, hanya ikut saja tanpa usul periksa sedangkan kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah, mempunyai akal fikiran untuk berfikir bukan hanya sekadar menuruti.
Akhir kalam, sampaikan kepada mereka yang masih tidak mengetahui akan HUKUM HARAMnya tarian poco-poco ini.
Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ingat senaman yang paling baik ialah solat lima waktu sehari semalam..