Balenggang patapata,
Ngana pe goyang...pica-pica,
Ngana pe bodi...poco-poco,
Cuma ngana yang kita cinta
Cuma ngana yang kita sayang
Cuma ngana suka biking pusing
(Jalannya berlenggang,
Goyangan badanmu...lincah,
Tubuhmu yang berisi dan lincah
Hanya kamu yang kucinta
Hanya kamu yang kusayang
Hanya kamu suka buat aku pusing...)
(inilah bait-bait lirik lagu poco-poco yang dipopularkan oleh Yopie Latul,penyanyi Indonesia)
Hampir segenap pelusuk tanah air di Malaysia ini pernah berkumandang lagu ini tiap kali adanya senaman pagi yang dilakukan secara tarian poco-poco. Tetapi tahukah anda tarian poco-poco ini telah difatwakan HARAM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang diadakan pada 24 hingga 26 Januari 2011.(sila rujuk surat pekeliling di bawah)
Sebagaimana amalan senaman yoga yang mempunyai unsur-unsur spiritual dalam agama Hindu dan telah difatwakan HARAM, tarian poco-poco ini juga tidak terkecuali. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
Katanya dalam sebuah akhbar tempatan,"Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya."
Nabi SAW sudah berpesan kepada kita melalui sabdanya; "Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum," yang bermaksud barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
Ada juga yang mengatakan bahawa tarian poco-poco ini ditarikan di Filipina oleh masyarakatnya yang beragama Kristian ketika menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Cuba kita amati betul-betul langkah demi langkah pergerakan tarian ini. Jika ada yang perasan, pergerakannya akan membentuk tanda salib!
Bermula dari kiri ke kanan, depan ke belakang dan seterusnya satu pusingan sudah cukup untuk menghasilkan satu bentuk salib yang jelas kelihatan sekiranya dilakukan di atas pasir yang mendatar.
Secara tidak langsung kita telah melakukan sesuatu yang mensyirikkan Allah SWT tanpa kita sedar. Budaya meniru atau mencedok budaya luar tanpa usul periksa boleh menggugat akidah umat Islam amnya. Banyak lagi tarian atau pelbagai jenis senaman lain yang boleh digunapakai bagi menggantikan tarian ini. Islam tidak melarang untuk berhibur atau riadah asalkan menepati kehendak syarak dan tidak menyeleweng dari syariat Islam.
Justeru itu kita sebagai umat Islam perlu kekalkan identiti dan jatidiri seorang muslim serta sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Marilah bersama kita memohon keampunan kepada Allah SWT di atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan seperti lembu yang dicucuk hidung, hanya ikut saja tanpa usul periksa sedangkan kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah, mempunyai akal fikiran untuk berfikir bukan hanya sekadar menuruti.
Akhir kalam, sampaikan kepada mereka yang masih tidak mengetahui akan HUKUM HARAMnya tarian poco-poco ini.
Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat." (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Ingat senaman yang paling baik ialah solat lima waktu sehari semalam..
Bersama kita menegur mereka yang tidak mengetahui..Dan mengingatkan orang yang tidak mengingati..~ (^__^)v
BalasPadamBetul2...
BalasPadam